Wednesday, 5 June 2013

Hamba-Mu

Assalamualaikum, 
Ditemani larutan malam, perasaan aku untuk menulis semakin membara. Ya, sangat membara ! Betapa susah nak lelapkan mata ni  , walaupun hakikatnya aku memang benar-benar letih dan mengantuk. Mungkin disebabkan perasaan yang resah, gelisah... 

Aduhai hatiku sayang, kenapa mesti macam ni ? 

Tiba-tiba, perasaan yang terlampau sedih datang menganggu. Entah mengapa, malam ni rasa suram , tiba-tiba terasa diri ni begitu hina! malu! malu dengan diri sendiri ! malu dengan Allah ! maluuuuu sangatttt !! MALU !!!! 

Kenapaaaaaa??????

Yalah, setiap hari berdoa, mintak tu, mintak ni,..tapi bila disuruh sujud pada Allah, macam-macam alasan. 

Itulah! 

Inilah!

Sekejaplah!

Lagi lima minit lah! 

 Ya Allah, malunya... 

Lepas tu pulak, bila teringat kali terakhir sentuh kitab Suci Al-quran... Ya Allah , lagi malu rasanya. muka dah bertambah merah, hitam, kelam... entah 2 hari lepas? 3 minggu lepas? tak pun 2 tahun lepas ? kali terakhir pegang kitab suci.  nauzubillah, !!! 

*berdoa)
Ya Allah, ampunilah dosa- dosaku Ya Allah, dosa-dosa semalam ku, yang tak terhitung banyak nya Ya Allah, aku mohon padamu Ya Allah, bukakanlah pintu taubat hambamu ini Ya Allah. tenangkan lah fikiranku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku... Ya Allah, selamatkanlah ibu bapaku dari azab api neraka. tempatkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang beriman. Ya Allah, jadikanlah aku anak solehah yang mampu berbakti kepada kedua orang tuaku kelak. bantulah aku , hambamu yang kerdil ini untuk mencapai cita-citanya Ya Allah,. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi jutaan ujian darimu. Ku mohon, Ku sujud padamu Ya Allah,. bantulah hambamu yang kerdil lagi hina ini. Ya Allah, semoga dosa-dosa semalam menjadi pengajaran untuk aku terus berubah, maju dan kuat untuk menghadapi godaan masa yang mendatang. Amin ya rabbal alamin, 




p/s : tatkala aku selesai menulis nota cinta ini, hatiku kembali tenang. sesungguhnya aku malu dengan dosa-dosa semalamku. terlalu banyak. namun, bila difikirkan balik,kata-kata 'jadikan hari esok lebih baik dari hari semalam.' kata-kata yang menjadi pembakar semangat dalam diri. mungkin semalam aku berdosa, namun sekiranya aku masih lagi bernafas, maka sudah tentu tidak terlambat untuk aku bertaubat. sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.