Saturday, 7 January 2012

kenapa dia lebih cantik??

gadis  bermata cantik


]
gadis senyuman manis..

Pada mulanya memanglah terasa berat kerana hati akan selalu mengelak. Bahkan hati juga akan selalu cenderung untuk merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki dan menyebabkan hati terasa tercabar untuk menerima apa yang telah dikurniakan. Apatah lagi yang dikurniakan wajah yang tidak menepati keinginan diri seperti wajah yang dipenuhi dengan jerawat, sudah tentu akan menyebabkan hati terasa berat untuk menerima..
Mata akan memandang :

 hijaunya rumput halaman jiran sebelah , lebih cantik dan lebih sihat berbanding rumput halaman rumahku. Sama juga seperti kita memandang wanita yang jauh lebih cantik dan lebih menawan hati membuatkan diri terasa terpinggir dan serba kekurangan.

Diri terasa tidak setanding dengan mereka yang cantik, lantas merasakan kurniaan yang dimiliki tidak bererti apa-apa untuk hidupnya kerana tidak mampu menjadikan diri sehebat penampilan orang lain.
Inilah perasaan yang tidak sewajarnya hadir dalam hati kita. Inilah perasaan yang sepatutnya dilupuskan daripada lubuk hati, kerana perasaan ini akan menjadikan kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah.
Percayalah bahawa Allah SWT selalu mempunyai rencana yang baik kerana memberi wajah ini kepada kita.

Allah selalu mempunyai cara terbaik untuk mendidik hambaNya agar dapat menjalani hidup yang sepatutnya.

Agar lebih bersikap terbuka terhadap kelebihan orang lain dan dapat bersikap tenang terhadap kekurangan orang lain juga.
Kita tidak perlu merasa iri hati atau gundah gelana melihat wanita lain lebih cantik rupa parasnya. Ini keraan setiap orang sudah mempunyai kurniaan rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah swt. Dan setiap kurniaan itu ada hikmah tersendiri yang mungkin sahaja tidak pernah terpikir oleh akal kita. Dan setiap kurniaan itu ada hikmah tersendiri, yang mungkin sahaja tidak pernah terfikir oleh akal kita.

Sepatutnya katakan pada hati kita bahawa dia memang lebih cantik , tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. Itulah sebaik-baiknya tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah swt.
“inilah saya , beginilah saya dan inilah apa adanya saya”

p/s : ak masih ingat waktu sekolah dulu.. ak ad la sowg member yg badan dyew agak berisi dan besar (kre x la memikat sangat) tp aty dyew bek..sume suke kawan ngn dyew.. n dye pnah ckap at ak,

" ak syukur sangat ad bdan cmni.. , tak de la ak trlampau meninggi diri ngn kecantikan ak," 

to my dearest aina.. smpai skang ak x ley lpe ngn ayt2 ko.. 2 la pgubat dkala aty ak tol2 jelez ngn pompuan yg cantik2 at u neyh.. lbey2 law time ad function apew2 kew.. serious ak jelez tgk owg len.. even x mkeup tbal2 pom still ley lg nmpak cntik...vouge n perfect look.. thanks aina coz ayt ko mampu wt ak sdar ngn kelebihan n kekurangan kitew uh... ak ykin.. sume ad klebihan n kkurangan sendiri.. Allah Maha Mengetahui.... Amin..

No comments:

Post a Comment